仁嘉隆乾坤宫 PERSATUAN PENGANUT DEWA QIAN KUN GONG

 
仁嘉隆乾坤宫
PERSATUAN PENGANUT DEWA QIAN KUN GONG

No 172, Jalan Kuini 5,
Taman Sri Jarom,
42600, Sungai Jarom,
Kuala Langat, Selangor.
Bank A/C No 银行户口号码

 
神诞日期
农历六月十九日- 拿督公神诞

农历九月十六日- 金咤太子神诞
 
 
 


QR CODE 二维码
 

只要扫一扫,您就会知道

VISITOR COUNTER / 浏览人数
 
 

UNDANG-UNDANG BAGI

PERSATUAN PENGANUT DEWA QIAN KUN GONG

SUNGAI JAROM KUALA LANGAT SELANGOR.

No.172, Jalan Kuini 5, Taman Sri Jarom, 42600 SungaiJarom, Kuala Langat, Selangor

FASAL 1NAMA

(1)
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PersatuanPenganut Dewa
Qian Kun GongSungai Jarom Kuala LangatSelangor.
 
Selepas ini disebut “ Persatuan”.

 

FASAL 2TEMPAT URUSAN

(1)
Alamat dan tempat urusan Persatuan ialah di No. 172, Jalan Kuini 5,Taman Sri Jarom 42600 Sungai Jarom,Kuala Langat, Selangor atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa ; dan alamat untuk surat menyurat ialah di No. 172, Jalan Kuini 5Taman Sri Jarom 42600 Sungai Jarom, Kuala Langat, Selangor. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3TUJUAN / MATLAMAT

(1)
Mempelajari dan mengembangkan ajaran Qian Kun Gong di kalangan ahli-ahli.
(2) Mengelola dan mengadakan upacara perayaan Qian Kun Gongpada masa-masa tertentu dengan syarat memperoleh kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa tertentu terlebih dahulu.
(3)Menjaga dan memajukan kebajikan am ahli-ahli.
(4)Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah dikalangan ahli-ahli.
(5)Menjalankan kerja dan perkhidmatan amal untuk manfaat masyarakat pada umumnya.
(6) Memohon dan memiliki tanah dan lain-lain harta untuk tujuan Persatuan dengan syarat persetujuan mesyuarat agung dan tertakluk kepada kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu.

FASAL 4KEAHLIAN

(1)
Keahlian terbuka kepada:
a)AHLI BIASA
Keahlian terbuka kepada Warganegara Malaysiabukan beragama islam yang berumur 18 tahun keatas yang menganut Agama Qian Kun Gongyang tinggal diSungai Jarom Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
b)AHLI SEUMUR HIDUP.
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran keahlian sekaligus.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(3)Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.
(4)Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

 

FASAL 5BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1)
Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
(a) Ahli Biasa
Bayaran masuk RM 10.00( Ringgit Malaysia sepuluh sahaja)
Yuran tahunanRM 10.00( Ringgit Malaysia sepuluh sahaja)
(b) Ahli Seumur Hidup

Bayaran masuk RM 10.00 ( Ringgit Malaysia sepuluh sahaja)

BayaranRM 40.00( Ringgit Malaysia empat puluh sahaja)

Sekaligus sahaja

(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempah 15 hari dari bulan Januari tiap-tiap tahun.
(3)Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang akan ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
(4)Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(5)Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

FASAL 6PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1)
Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah duberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatanatau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

(1)
Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh ( tidak lebih daripada 30 hari ) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukupselepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
(3)
Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepatmungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah :
(a)menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam
tahun lalu;
(b)menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi
tahun lalu;
(c)memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira tiga tahun sekali.
(d)menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan didalam mesyuarat itu.
(4)Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.
(5)Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini hendaklah diadakan :
(a)bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu
perlima (1/5) dari jumlah yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan
dan sebab mengadakannya. Permintaan iti hendaklah dihantar
kepada Setiausaha Persatuan.
(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7)
Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklahdiedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8)Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(9)Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA

(1)
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih tiga tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
 
Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
Seorang Penolong Bendahari
7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
(2) Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
(3)Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan Tiga tahun sekali dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai akan memegang jawatan selama Tiga (3) tahun untuk dilantik semula.
(4)Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(5)Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6)
Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
 
(a)Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b)Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa
mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu
(c)Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan
yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh
Setiauasaha kepadamesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk
disahkan dandicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
(7)Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
(8)
Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkanjawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.Jika calonyang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu,maka berkuasalah jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan yang akan datang, dalam mesyuarat agung tahunan diadakan.
(9)Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiauasaha dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, tidak cekap, curang, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab boleh merosakkan kepentingan Persatuan.
(10)Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

FASAL 9KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1)
Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
(2) Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3)Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan,1966. Beliau hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
(4)Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausahamenjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5)Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
(6) Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.
Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10KEWANGAN

(1)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman Mahkamah.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebihdaripada RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.
(3)Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kiraPersatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi,Setiausaha dan Bendaharibolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.
(4)Perbelanjaan yang lebih daripada RM1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
(5)Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kuncikira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan.
(6) Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari danberakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
(7)Sumber kewangan boleh diperolehi melalui sumbangan dari orang ramai dan aktiviti-aktiviti bagi mengisi tabung Persatuan. Bagi kutipan derma daripada orang awam kebenara daripada Pendaftar Pertubuhan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

FASAL 11PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1)
Dua orang bukannya Pegawai Persatuan hendaklah dilantik tiga tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh dilantik semula.
(2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setiap tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12HARTA

(1)
Harta takalih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan. Segala surat cara yang berkaitan dengan harta itu hendaklah disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan persatuan iaitu Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, yang ada pada masa itu dan perlantikan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar, dan dimeterikan dengan meteri Persatuan.
(2) PeHarta takalih Persatuan tidak boleh dijual, disewa, dipindahmilik, atau digadai tanpa persetujuan dan kuasa yang diberi oleh mesyuarat agung.

 

FASAL 13TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1)
Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 14PENASIHAT / PENAUNG

(1)
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, morang-orang yang layakmenjadipenasihat/penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yangdilantik itu

menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 15LARANGAN

(1)
Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkandi dalam rumah Persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua jenis permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;
(2) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja,1959;
(3)Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskankepada ahli-ahli atau tidak atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
(4)“ Faedah ” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 16PINDAAN UNDANG-UNDANG

(1)

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17PEMBUBARAN

(1)Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) PerSekiranya Persatuan hendaklah dibubarkan secara yang disebutkandi atas, maka segala hutang dan tanggunganPersatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
(3)Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklahdisampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 haridari tarikh pembubaran itu.

 
友情链接